TEKNOLOGI MAKLUMAT


SILICON VALLEY




    Silicon Valley  berjaya kerana kebodohannya?

    Berdasarkan David E. Weekly, salah seorang CEO Oha.na, Silicon Valley dilihat bodoh melalui tiga cara, iaitu cara penubuhannya, kerajaannya, dan para pelaburnya. Menurut beliau, kejayaan sesebuah syarikat dilihat melalui kepintaran dalam menguruskan perniagaan dan pengurusan pasaran yang sistematik.

              Terdapat beberapa pandangan beliau tentang organisasi tersebut:

    • Penubuhan sesebuah syarikat atau organisasi tidak semestinya bermula dengan beberapa buah idea yang bernas dan pintar. Sebagai contoh, majikan berkongsi idea dengan para pelabur serta membekalkan wang dengan melantik pekerja serta-merta. Para pekerja mula bekerja bersungguh-sungguh dan akhirnya organisasi mencapai kejayaan. Menurut beliau, syarikat yang bermula dengan langkah tersebut biasanya akan membelanjakan wang ringgit yang tinggi dan menghasilkan output yang tidak berfaedah.
    • Kejayaan sesebuah organisasi biasanya bermula tanpa sebarang idea langsung. Sebagai contoh, Silicon Valley bermula tanpa sebarang idea yang spesifik. Mereka bekerja tahun demi tahun untuk mencari idea bagaimana hendak menghasilkan produk yang berkualiti untuk pengguna. Menurut mereka, seseorang pekerja itu harus mempunyai idea yang mendalam bagi menghasilkan sesuatu produk atau barangan yang memenuhi kehendak pengguna. Pembentukan sesuatu idea itu bukan dalam tempoh yang singkat.
    • Dari segi pentadbiran kerajaan, peranan mereka adalah untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan lain. Pihak kerajaan juga perlu memastikan peraturan rasmi diminimakan, peraturan korporat dan pencukaian yang konsisten serta jelas.


      Secara kesimpulannya, sesebuah organisasi boleh berjaya jika mempunyai keazaman dan tidak semestinya berharap kepada bantuan semata-mata. Sebagai contoh, pembangunan media sosial seperti Twitter dan Facebook berjaya tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Silicon Valley turut menjadi salah satu contoh organisasi yang membangun dengan sendirinya.  Justeru, usaha dan idea yang kreatif mampu meraih kejayaan sesebuah organisasi.

      Teknologi Maklumat

      SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT  DALAM  PENDIDIKAN   DI  MALAYSIA.
      Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di  Malaysia  penggunaan  teknologi  maklumat  dalam  pendidikan  masih  di peringkat  permulaan namun  pengunaannya  semakin  pesat  dan memberangsangkan.
              Saya  berpendapat  bahawa  kerajaan telah berperanan untuk  menjadikan pendidikan  di  Malaysia  bertaraf  dunia melalui  Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian  ini  telah mengambil  langkah  drastik dengan  melaksanakan beberapa perubahan  untuk  menjana  sistem  pendidikan agar selari  dengan  pemodenan yang  banyak  dipelopori  oleh  penggunaan  teknologi  terkini  seperti  penggunaan teknologi  maklumat dalam pendidikan. Antara program yang  sedang  dilancarkan kementerian  pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
              Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang   pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
      .        Mulai Januari 1999 internet saluran  utama  teknologi  maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran  MIMOS  telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan  perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
                  Keberkesanan penggunaan  teknologi  maklumat  juga  bergantung  kepada keterbukaan warga  pendidik   menerima  teknologi  maklumat  dalam  elemen pengajaran  dan  pembelajaran  yang  di rancangkan oleh  mereka.  Warga  pendidik contohnya  guru, yang  menjadi  nadi  dan  tulang  belakang  yang  menjana keberkesanan  pendidikan  secara  keseluruhannya,  kita  dapati  semakin  ramai  di kalangan  mereka  sudah  celik  teknologi  maklumat.    Jika  lima  tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin  bertambah malahan  mereka telah  menganggap  teknologi  maklumat  merupakan  sesuatu yang  perlu  untuk  memudahkan  proses  P&P  mereka. Perkembangan  pesat dalam  pengunaan  teknologi  maklumat    dalam  pendidikan   merupakan  satu jalan  yang  cerah  untuk  menjayakan pendidikan  bertaraf  dunia.
      kesedaran  ibubapa  akan  kepentingan   penggunaan  teknologi  maklumat    banyak membantu anak-anak  mereka menggunakan  teknologi ini  dengan  lebih  efektif. walau bagaimana pun   setiap  keluarga  sekurang-kurangnya  memiliki sebuah komputer  di  rumah mereka kerana ,  Teknologi  maklumat  berkait  rapat  dengan penggunaan komputer.  Menyedari  hakikat  ini    kerajaan telah  mengambil langkah  bijak dengan mengalakkan  sesebuah keluarga   mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer   masing-masing  di rumah

                    Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
                  Peranan sektor  swasta juga banyak  membantu  perkembangan  pengunaan teknologi maklumat,  kerana    sememangnya  kita  tahu  penggunaan  teknologi maklumat  memerlukan  kos, maka kekangan  kos  inilah  biasanya  membataskan pengunaan  teknologi maklumat.  pada  masa kini ,  kadar  bayaran untuk  mengakses internet  semada  melalui  TM-Net  atau  Jaring  telah  menurun,  malahan  syarikat besar  seperti  Telekom  berkerjasama  dengan  Kementerian  pendidikan  untuk menghasilkan Telekom  Smart  School yang menyediakan  pekej  P&P  melalui Laman  Web  yang  dinamakan  getCyberEd.com.   
                  Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi  maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi  maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.
      sumber: http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah5.htm

      post by: NORFARISAH HASSAN (BA11110299) 
       




      post by Norfarisah binti  hassan Ba11110299

      gaya digital


      TENTANG GAYA HIDUP DIGITAL

      Apakah yang dimaksud dengan gaya hidup digital ? Gaya hidup digital (digital lifestyle) adalah istilah yang seringkali digunakan (salah satunya oleh Bill Gates) untuk menggambarkan gaya hidup modern yang sarat dengan teknologi informasi. Teknologi informasi di sini berperan mengefisienkan segala sesuatu yang kita lakukan dengan satu tujuan: mencapai produktivitas maksimum. Tentu tidak dapat dibantah lagi bahwa teknologi informasi memang berperan besar dalam meningkatkan efisiensi.
      Namun demikian, apakah produktivitas maksimum dapat dicapai semata-mata dengan teknologi informasi ? Ternyata tidak. Ada satu landasan penting yang harus kita miliki, yaitu attitude yang benar. Attitude yang benar ini berbicara mengenai sifat-sifat karakter seperti disiplin, mau mengembangkan diri terus-menerus, dan selalu melakukan segala sesuatu sebaik mungkin (spirit of excellence). Tanpa attitude yang benar, teknologi informasi secanggih apapun tidak akan membawa kita mencapai produktivitas maksimum.
      Dari sini jelas, bahwa produktivitas maksimum hanya dapat dicapai bila kita memiliki landasan attitude yang benar, dan dengan bantuan teknologi informasi. Karena itulah blog ini diberi tema Gaya Hidup Digital : Hidup dengan produktivitas maksimum, berdasarkan attitude yang benar dan dengan bantuan IT.

      SATURDAY, 15 DECEMBER 2012

      AUDACITY


      AUDACITY adalah satu software yang digunakan kita dalam mengubah apa jenis file berbentuk audio. Ini bermaksud, kita boleh mengubah kepada sesuatu yang kita mahu seperti kita meminati satu lagu dan kita hanya ingin mengambil bahagian korus lagu tersebut. Melalui AUDACITY ini kita boleh memotong lagu tersebut dengan hanya mengambil bahagian korusnya sahaja. Langkah untuk kita memotong lagu ini adalah:
      1.      Kita klik pada file dan klik import
      2.      Seterusnya, kita pilih lagu dari folder dalam PCkita dan klik open
      3.      Setelah itu, kita mainkan lagu dan kenal pasti bahagian lagu yang ingin kita ambil.
      4.      Selepas itu, kita tandakan bahagian lagu yang ingin kita buang.
      5.      Langkah selanjutnya, kita klik pada cut iaitu dalam simbol berbentuk gunting.
      6.      Terakhir, setelah kita berpuas hati dengan bahagian kita ingin ambil. Kita klik sekali filedan klik export seterusnya save lagu itu dalamfolder kita.
      AUDACITY ini satu software yang baik terutama kepada mereka yang suka pada cut-cut lagu atau mengubah ton-ton lagu. Walaubagaimanapun, ia juga boleh mendatangkan keburukan dengan penggunaan yang salah. Contohnya, ia akan menimbulkan fitnah melalui pemotongan kenyataan yang benar. Dimana kenyataan yang dirakamkan dipotong bahagian yang penting dan menyimpan bahagian yang salah. Maka,dengan itu kita sebagai pengguna harus bijak mengaplikasikan teknologi ini kepada kebaikan.

         





























































































































































































































































































































      Aplikasi Dropbox

      Perkenalan Dropbox

      • Pada saat ini Dropbox menjadi sebahagian dari sistem kerja storan dalam talian dan merupakan aplikasi penyimpanan dan backup yang paling hebat.
      • Dropbox ibarat thumbdrive maya yang boleh dibawa kemana-mana sahaja.
      • Dropbox merupakan satu servis menyimpan fail secara online berasaskan 'cloud storage'. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.
        ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.

        Artikel asal - http://anarm.net/blog/dropbox-simpan-fail-secara-online.html#ixzz2ClUA4QAn
        Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
        Follow us: @anarmnet on Twitter
        ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.

        Artikel asal - http://anarm.net/blog/dropbox-simpan-fail-secara-online.html#ixzz2ClUA4QAn
        Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
        Follow us: @anarmnet on Twitter
      • Selain dapat menyimpan fail secara online, dropbox ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dropbox menjadi satu backup di mana dapat menyimpankan beberapa versi dari fail yang dapat diambil jika kita memerlukannya.
      • Di dalam dropbox juga kita boleh membuat web hosting. Hanya perlu buat folder di dalam Public sebagai tempat hosting.Untuk domain boleh menggunakan URL manakala untuk site boleh menggunakan iWeb. Hasil design web boleh disimpan dari iWeb tersebut. 
      • Selain itu, dropbox boleh digunakan sebagi pelihat PDF. Bentuk PDF itu boleh dibuka secara langsug di aplikasi Dropbox iOS.

        Gambar di bawah menunjukkan fail dalam Dropbox dan gadget berhubung antara satu sama lain.
        Sebagai contoh, kita ada miliki 3 gadget yang selalu kita guna setiap hari, contohnya Ultrabook Toshiba Portege Z830, iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab. Katakan kita ada 1 fail penting yang tersimpan di folder Dropbox dalam laptop Toshiba tu. Tiba-tiba laptop tu rosak, tak boleh ON. Kebetulan masa tu kita sangat perlukan fail penting yang ada di dalamnya. Apa yang bagus kat sini kita masih boleh akses ke fail tersebut dengan menggunakan iPhone 4S yang kita miliki atau menggunakan Samsung Galaxy Tab tu kerana fail tersebut berada di dalam ‘cloud storage’ Dropbox. Yang penting kesemua gadget tu ada dipasang aplikasi Dropbox untuk sync akaun Dropbox dengan gadget-gadget tersebut.

        Artikel asal - http://anarm.net/blog/dropbox-simpan-fail-secara-online.html#ixzz2Clheb1ZM
        Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives
        Follow us: @anarmnet on Twitte
      • Cara Dropbox berfungsi 
            Cara menggunakan Dropbox
      • Daftar akaun Dropbox kemudian downlod aplikasi Dropbox dan install ke dalam komputer.
      • Pilih directory dalam komputer untuk jadikan folder Dropbox semasa proses installation.
      • Login ke akaun Dropbox menggunakan menggunakan aplikasi Dropbox itu.
      • Masukkan apa sahaja fail atau dokumen ke dalam folder Dropbox yang telah ditetapkan di dalam komputer, kemudian aplikasi ini akan upload fail-fail tersebut ke akaun Dropbox tadi secara automatik.
            
           Kelebihan menggunakan Dropbox
      • Boleh menyimpan file secara online dengan mudah
      • boleh akses di mana sahaja selagi ada kemudahan internet 
      • Tidak perlu lagi menggunakan device lain seperti pendrive untuk dicucuk di cc dan lain-lain.
      • Boleh digunakan di komputer dan mobile telefon dengan hanya sign in account dropbox anda.
      • Memudahkan anda berkongsi dokumen atau sebarang file dengan rakan-rakan.
      • Boleh diemailkan atau dishare dokumen tersebut melalui facebook dan twitter.
              


      FRIDAY, 16 NOVEMBER 2012

      maksud teknologi dan kesan-kesannya

       27 September 2012
                                Maksud Teknologi Maklumat dan kesannya
      Teknologi bermaksud pengetahuan terhadap penggunaan alat dan pengetahuan mengguna dan mengawal sebarang jenis alat teknologi. Perkataan teknologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'technologia' yang merujuk kepada kerajinan dan mempelajari sesuatu. Teknologi dapat diertikan sebagai benda-benda yang berguna kepada manusia seperti mesin, sistem dan teknik.

      Maklumat bermaksud segala jenis pengetahuan yang diperoleh secara lisan atau bukan, bersifat berguna, dan dapat disampaikan kepada manusia. Maklumat boleh berbentuk simbol, perkataan dan mempunyai makna supaya mudah difahami manusia.

      Menurut salah seorang tokoh sejarawan, A. Gehlen (Man in The Age of Technology), perkembangan teknologi dapat dibahagikan kepada dua iaitu revolusi neolitik dan revolusi industri. Semasa revolusi neolitik, manusia mula beralih daripada kehidupan berpindah randah (nomad) kepada penempatan tetap. Pada zaman itu, mereka sudah mula menggunakan teknologi tradisional seperti lembing untuk berburu. Revolusi industri memperlihatkan perkembangan penggunaan mesin untuk memenuhi tuntutan manusia.

      Antara kesan teknologi kepada kehidupan manusia dapat dilihat dari sudut peribadi, sosialiti dan industri media.
      • Peribadi- Segala jenis maklumat peribadi dapat disimpan dengan mudah dan selamat melalui pendrive, usb dan sebagainya.
      • Dari sudut sosialiti- Masyarakat dapat memanfaatkan penggunaan teknologi untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Sebagai contoh, penggunaan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya dapat merapatkan hubungan persaudaraan tidak mengira jarak.
      • Melalui sudut industri media- Semua industri media dapat menjana pendapatan melalui perkembangan teknologi. Misalnya, industri persurat khabaran dapat menyalurkan segala jenis maklumat dan informasi terkini melalui media cetak atau elekronik. Selain memperoleh pendapatan, maklumat juga dapat disalurkan secara berkesan kepada semua masyarakat.
      Kesimpulannya, perkembangan ICT sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Pelbagai urusan dapat djalankan dengan mudah dengan teknologi ICT. Pihak kerajaan Malaysia sendiri mahu mewujudkan masyarakat k-society iaitu masyarakat berpendidikan berteraskan ICT. Oleh itu, jurang digital dapat dielakkan melalui pendekatan teknologi maklumat. 
         
         

        No comments:

        Post a Comment